Thursday, November 25, 2010

MERENUNG KEAIBAN DIRI

JIKA MEREKA... BIARLAH KITA...

jika mereka sibuk mencari CINTA MANUSIA, biarlah kita sibuk mencari CINTA ALLAH...
jika mereka sibuk BERMAKSIAT, biarlah kita sibuk BERIBADAT...
jika mereka menangis kerana KECEWA BERCINTA, biarlah kita menangis kerana MENGENANG DOSA SILAM...
jika mereka sibuk mencari DUNIA... biarlah kita sibuk mencari AKHIRAT...

- kata2 ni bukan bermaksud tak buat AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR tetapi maksudnya ialah kita jangan gelisah kalau kita ni lain berbanding orang sekeliling kita.. yakinlah kita bahawa dengan AGAMA, kita berada di pihak yang benar... Apa yang Allah redha itulah kebenaran...

Sunday, November 29, 2009

TAK PERGI MASJID??? KAU BUTA KE PEKAK???



Dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ”Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh darjat”.

Kalau rasa diri tu dah banyak pahala, dah banyak beribadat, dan terjamin masuk syurga, maka bolehlah bersolat sendirian dan meninggalkan solat jemaah yang jauh lebih utama.

BUTA KE PEKAK???

“Ada seorang buta datang mendapatkan Nabi S.A.W katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dimohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi SAW. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh Nabi SAW yang menanyakan: “Adakah anda dengar panggilan azan?” ujarnya: “Ya.” Maka sabda baginda pula: “Kalau demikian, DATANG SAJALAH!” (Riwayat Muslim)

Sedangkan orang yang buta pun nabi suruh solat berjemaah di masjid, inikan lagi orang yang sempurna. So, diri tu kan tak buta dan boleh mendengar, pergi la ke masjid!

OK.. ADA EXCUSE..

Dalam keadaan-keadaan berikut diberikan keringanan:

1. Masa dingin atau kehujanan
Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, kemudian kehujanan, maka beliau pun bersabda: “Siapa yang suka di antaramu, boleh bersembahyang dalam khemahnya sendiri-sendiri.” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, dan Turmidzi)

2. Hidangan telah tersedia
“Apabila seseorang di antaramu sedang makan, janganlah tergesa-gesa hingga selesai melakukannya sekalipun solat telah dibacakan qamatnya.” (Riwayat Bukhari)

3. Desakan dua macam buang air
“Tidak sempurna solat seseorang yang di mukanya telah tersedia makanan, demikian pula di waktu ia sedang menahan dua macam buang air.” (Riwayat Ahmad, Muslim, dan Abu Daud)

TAK NAK PERGI MASJID JUGAK???

Ok. Kalau degil sangat tetap tak nak pergi masjid solat jamaah, boleh. Takpe. Dengan syarat, sehari semalam tu buat la kerja sendirian, tak payah jumpa, berurusan, hatta bercakap dengan sesiapa.
Nak sangat sendiri-sendiri kan???

TAK DAPAT 5 WAKTU... MAGHRIB & ISYAK DAH CUKUP BAIK... TAKKAN HARI JUMAAT & HARI RAYA JE??????

Saturday, November 28, 2009

ALLAH LEBIH CINTAKAN ORANG MUDA YANG BERTAUBAT


ALLAH berfirman bermaksud :
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, kita memperoleh penjelasan bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan.

Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk.

Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu:


* Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang
pemurah.

* Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.

* Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi

ORANG MUDA YANG BERTAUBAT.”